kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Monday, June 23, 2014

Saturday, June 21, 2014

..haku menggedik lagi! T_T

..alhamdulillah (ehh?), aku dapat lagi gambaq laen pulak.. heee~ :D.. kali ni gambaq bestfriend aku sendiri.. jadi, tak jadi masalah kot kalau aku tibai.. ^_^

haaa.. nindia baq hang! haha.. gambaq tu kata "hai awak".. haha cayaq sat~ :3

tapi dia bukan lambai kat aku, dia lambai kat rumah dia..-_-''


gambaq ni pon aku tibai jugak.. tapi dah jadi malaih nak kaler.. nanti lagi huduh kot.. dah la tuan dia huduh dah.. :p


ok, yang ni gambaq pakai sweater.. buleh la sapa yang nak edit buh tang belakang tu "sebaik-baik menantu adalah aku".. kan benda tuh jadi trend sekarang ni.. :).. tapi kena mintak kebenaran kat tuan dia dulu laa.. aku takmaw bertanggungjawab.. :)

ok, apa yang aku dapat dari gambaq ni? errrr~ aaaa~ makkk! nak kawen! >_<!


sat! sat! 10 muwasafat tarbiyah:
1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang betul
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain


Hehe.. Tanya pakcik gugel ja semua ni.. Ok, dalam semua ni, aku ada point nombot lapan tuh.. Aku menjaga masa, tapi takdak la ‘sangat’ tuu.. Tapi..... Masa solat? T_T.. Maka gagal lah aku untuk membina ciri-ciri Muslin itu.. Jadi, mak kata dia tak kasi kawen la kot.. Hurm~

Ehh, apa kaitan 10 muwasafat tarbiyah dengan gambaq ni? O.o? Jawapan dia mudah ja: TAKDAK KAITAN! :3 


sibuk perati orang, diri sendiri tak perati pun.. ibadah kontang-kanting, fardu 'ain pun entah berapa kerat ja taw, ada hati nak kawen.. piiiiirah! -_-''

ok, tunggu aku hadam 10 muawasafat tarbiyah ni dulu, lepaih ni aku update laen naaa~ aku nak kongsi pulak dengan hampa semua.. chet nak jadi chekgu hampa nanti.. :3.. 


woi woi woi~ nak pesan kat kawan-kawan yang ada terfollow blog aku, boleh unfollow kot.. aku dah merapu banyak.. gedik punya pasai.. T_T.. sebelum tekan button unfollow, mohon doakan aku jadi anak yang soleh naa~ :).. "till then, Assalamu'alaikum" <-------- :3="" ayat="" comment-----------="" crush="">



Friday, June 20, 2014

..solehah?


awainya aku terjumpak gambaq ni dalam fesbuk.. perati lama-lama, dok terbayang plak.. haih, buleh tahan naa~ macam baik ja dia ni..

dush! tiba-tiba masuk balik dalam diri aku.. baik sangat ka aku ni?

(syaitan kata: baik apanya hang dok tengok gambaq orang pempuan tuh!)..
okefain~ -_-''

 memandangkan gambaq ni aku nampak menarik, jadi aku rasa macam nak buat sesuatu ah.. :3..

hoho! niat ada disitu.. tett~ haha.. dak aih, tak buat apa pun, teringin nak lukih balik jaa.. ^_^..


dan akhirnya:



ok, bila aku tengok balik, gambaq sebenaq lagi comey dari gambaq yang aku lukis.. huhu.. oke, apa pengajaran yang aku buleh dari semua ni? ok, aku dapat satu:

"JANGAN DOK GATAI SANGAT"  >_<!

mintak maaf na tuan gambaq sebab amek gambaq ni tanpa mintak izin.. :).. dok cari apa yang aku nak tulis dalam gambaq ni, tup2 aku terjumpa hadis ni.. tu laaa, yang aku tulis tuu.. "dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah".. :).. 

merenung panjang aku.. bukan gatai, bukan gedik, tapi dok rasa lagu tu laa.. memang tak dinafikan semua nak yang baik-baik, tapi cukup baik sangat ka aku ni? solat berjemaah tu sangat dituntut bagi kaum adam macam aku ni, tapi dapat dak aku penuhi semua tu?

zaman nabi dulu dulu dulu kumenderita, sekarang........ ~~'' 


haih~ zaman nabi dulu-dulu kalau depa tak pi solat berjemaah, depa nak bakaq rumah kot! wuish! kalau lagu tu, maknanya hari-hari rumah aku kena bakaq 3 4 kali jugaklaa.. hanguih habih laaa..

ok, balik pada asai.. sapa nak jadi solehah? sapa nak jadi soleh? semua nak kan? aku pun nak, tapi sejauh mana kita berusaha untuk jadi soleh/ah tu? sembang dalam usrah bukan maen kencang lagi, tapi buatnya tidak pun.. Allah murka beb! Allah murka! Dia murka sapa yang cakap saja tapi xbuat apa pun.. tak caya? rujuk surah As-Saf ayat 2 hingga 3.. :)..

ok, apa yang aku kena ubah ni? ok, kita mula pelan-pelan.. bagi laki macam aku, jom kita try solat berjemaah setiap waktu dulu.. bagi kau hawa, try solat awai waktu.. haha.. 

woi~ woi~ sapa yang bakal jadi bini aku tu, mohon solat awai waktu naa~ ekekeke.. :3.. sapa? mohon dirahsiakan~ :).. takdak kaitan dengan gambaq ni naa~ 

nak dekat bulan posa dah ni, harapnya aku dapat posa penuh laaa tanpa bagi alasan aku period kat mak aku.. :3.. ok, minggu depan try posa sunat isnin dengan khamis.. bukan apa, kena training sikit awai-awai sebelum sambut ramadhan.. takut rebah masa bulan posa nanti sebab tak training.. :)..

peringatan terakhir buat diriku serta bini-biniku....... :v.. haha.. 

biaq lidah kita basah dengan zikir.. rajin-rajin sikit baca Al-Quran.. susah bila hati dah keraih ni, memang payah nak feeling masa berzikir dengan baca Al-Quran ni.. hurm~ no wonder.. tapi tu laa, sendiri maw ingat sama.. kita mengaku kita ikut Al-Quran dengan sunnah sebagai pedoman hidup, tapi Al-Quran kita tauk mana? baca pun dak.. -_-''..

malaih nak ungkit banyak, kot sat gi subuh aku tak bangun pulak esok.. larat pulak nak kena tarik telinga dengan mak lagi esok.. semoga bermanfaat na shuk~ :).. Assalamu'alaikum~ 







..bila xdak kerja.. :)



aku: mak! nak kawen!

mak: ada duit dak?

aku: tak dak

mak: pastu hang nak bagi bini hang makan apa?

aku: makan nasik la mak.. takkan nak bagi makan rumput kot..

mak: (tarik telinga) dah! tak payah berangan! pi carik kerja!

aku: adeh! dok kerja la ni mak!

mak: hang kerja apa? membuta tuli ja..

aku: haaa, mana mak taw tu kerja chet?

mak: (dok diam sebab malaih layan)

Saturday, January 18, 2014

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :
"Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.... T_T

Wednesday, January 1, 2014