kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Wednesday, November 27, 2013

..masihkah ada hari esok untukku?



Masihkah ada hari esok untukku?

Hati ini mula merasa resah..
Memikirkan jalan hidupku..
Yang semakin rancak melayan hitam putih kehidupan..

Mungkinkah aku terlupa untuk berfikir
bahawa aku akan mengakhiri hidupku
di alam yang fana ini..

Andaiku tahu bilakah tibanya ajalku..
Pasti kulupa segala yg indah disaat ini
Tapi benarkah sebegitu?

Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Saat aku mula alpa akan hari kematianku
Semakin aku leka dengan hidup ini..

Ya Allah..
Andai masih ada hari esok untukku..
Jadikanlah aku seorang yg sentiasa mengingatiMu..

Senyum tawa yang kini menjadi peneman
Dikala gembira melayari saat manis
Tanpa terlintas rasa insaf
Pasti akan mula hilang
Dimakan rasa resah yang hadir
Tatkala terfikir bagaimana saat-saat akhir hayatku..

Ketakutan mula melingkari diri ini..
Adakah aku sudah layak untuk menemuiMu..
Sudah cukupkah amalku..
Sudah bersediakah aku menemuiMu..

Andai hari esok bukan lagi milikku..
Maka tiada sudah persoalan
Layakkah mahupun bersediakah aku..

Andai aku dipanggilNya hari esok..
Apalah dayaku menolaknya..
Tiada apa yang mampu kulakukan..

Namun,
Disaat dan ketika aku menulis ini..
Jika diriNya masih memberi esok untukku..
Aku berharap aku mampu merubah diri ini,
Agar aku mampu bersedia menemuiNya..

Hari ini,
Aku hanya mampu berdoa padaNya
Agar memberikan hari esok untukku
Untuk kulaluinya dengan lebih baik lagi..

Aku masih berharap,
Agar esok yang Kau berikan itu,
Akan senantiasa disinari hidayahMu
Agar aku tidak jauh terpesong dariMu
Agar aku tidak sesat dari jalan menuju redhaMu

Ya Allah…
Panjangkan umurku..
Agar aku mampu menjadi hambaMu..
Yang sentiasa berusaha menggapai redhaMu..

Amiin Ya Rabb..


Diolah dari sini

Tuesday, November 26, 2013

..wanita solehah itu.....




Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW..

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman..

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha..

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah

(H.R. Muslim) 

Sunday, November 24, 2013

..bila kebosanan melanda.. ^_^






jadilah seperti mawar berduri,
mahkotanya indah di pandang,
namun sukar untuk di pegang,
mulianya kerana ketaqwaan,
cantiknya kerana keperibadian.. ^_^

..Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W...

Khutbah Wida'




Tarikh: 9 Zulhijjah Tahun Ke-10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung 'Arafah
Bil. yang hadir: Mencecah 144 000 orang

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka (isteri) juga mempunyai hak ke atas kamu (suami). Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.


Saturday, November 23, 2013

..jika aku jatuh hati..


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul 'Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta dari kekasihmu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, 
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu.

~ameen Ya Rabbal 'Alameen~ 

..duhai hati...




Duhai Hati…

Mengapa bersedih andai yang terjadi
Tidak seperti yang diimpi,
Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..



Duhai Hati…

Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,
Bukankah cinta Allah itu yang hakiki



Duhai Hati…

Mengapa menanti sesuatu yang tak pasti,
Bukankah Allah itu Maha Agung Maha Mengerti



Duhai Hati…

Mengapa tidak sungguh-sungguh dalam berjuang di jalan illahi,
Bukankah janji Allah telah terpatri

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah itu benar dan memohon ampunlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."
(Al-Mu'min : 55)



Duhai hati…

Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,
Bukankah cinta ilahi lebih diredhai



Duhai Hati…

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala isi hati ini..
Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..
Bukan aku pinta jadi begini…


Tuesday, January 15, 2013

..cudipt..






















..ingat, bila dah sampai masanya sahaja.. -_-


~oh penantian~ -_-..lame lagi ni.....alaaaa...

..sayangilah walid dan ummi kite.. ;)


..perjalanan yang masih jauh......


..ingat pesan mak taw.. =)








..secoret bingkisan kalbu by Mawar Berduri..



..doa nabi Daud A.S. ..



..Islam dibangun atas lima perkara.....


..-_-..


..segenggam tabah..


..cerita bersambung..

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Bahagian 4:

..kisah seekor anak kerang..





Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik. 

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu." 

Si ibu terdiam, sejenak,
"Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut. 
Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. 

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.