kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Wednesday, November 27, 2013

..masihkah ada hari esok untukku?



Masihkah ada hari esok untukku?

Hati ini mula merasa resah..
Memikirkan jalan hidupku..
Yang semakin rancak melayan hitam putih kehidupan..

Mungkinkah aku terlupa untuk berfikir
bahawa aku akan mengakhiri hidupku
di alam yang fana ini..

Andaiku tahu bilakah tibanya ajalku..
Pasti kulupa segala yg indah disaat ini
Tapi benarkah sebegitu?

Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Saat aku mula alpa akan hari kematianku
Semakin aku leka dengan hidup ini..

Ya Allah..
Andai masih ada hari esok untukku..
Jadikanlah aku seorang yg sentiasa mengingatiMu..

Senyum tawa yang kini menjadi peneman
Dikala gembira melayari saat manis
Tanpa terlintas rasa insaf
Pasti akan mula hilang
Dimakan rasa resah yang hadir
Tatkala terfikir bagaimana saat-saat akhir hayatku..

Ketakutan mula melingkari diri ini..
Adakah aku sudah layak untuk menemuiMu..
Sudah cukupkah amalku..
Sudah bersediakah aku menemuiMu..

Andai hari esok bukan lagi milikku..
Maka tiada sudah persoalan
Layakkah mahupun bersediakah aku..

Andai aku dipanggilNya hari esok..
Apalah dayaku menolaknya..
Tiada apa yang mampu kulakukan..

Namun,
Disaat dan ketika aku menulis ini..
Jika diriNya masih memberi esok untukku..
Aku berharap aku mampu merubah diri ini,
Agar aku mampu bersedia menemuiNya..

Hari ini,
Aku hanya mampu berdoa padaNya
Agar memberikan hari esok untukku
Untuk kulaluinya dengan lebih baik lagi..

Aku masih berharap,
Agar esok yang Kau berikan itu,
Akan senantiasa disinari hidayahMu
Agar aku tidak jauh terpesong dariMu
Agar aku tidak sesat dari jalan menuju redhaMu

Ya Allah…
Panjangkan umurku..
Agar aku mampu menjadi hambaMu..
Yang sentiasa berusaha menggapai redhaMu..

Amiin Ya Rabb..


Diolah dari sini

No comments: