Masihkah ada hari esok untukku?
Hati ini mula merasa resah..
Memikirkan jalan hidupku..
Yang semakin rancak melayan
hitam putih kehidupan..
Mungkinkah aku terlupa untuk
berfikir
bahawa aku akan mengakhiri
hidupku
di alam yang fana ini..
Andaiku tahu bilakah tibanya
ajalku..
Pasti kulupa segala yg indah
disaat ini
Tapi benarkah sebegitu?
Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
Saat aku mula alpa akan hari
kematianku
Semakin aku leka dengan
hidup ini..
Ya Allah..
Andai masih ada hari esok untukku..
Jadikanlah aku seorang yg
sentiasa mengingatiMu..
Senyum tawa yang kini
menjadi peneman
Dikala gembira melayari saat manis
Tanpa terlintas rasa insaf
Pasti akan mula hilang
Dimakan rasa resah yang hadir
Tatkala terfikir bagaimana
saat-saat akhir hayatku..
Ketakutan mula melingkari
diri ini..
Adakah aku sudah layak untuk
menemuiMu..
Sudah cukupkah amalku..
Sudah bersediakah aku
menemuiMu..
Andai hari esok bukan lagi
milikku..
Maka tiada sudah persoalan
Layakkah mahupun bersediakah
aku..
Andai aku dipanggilNya hari
esok..
Apalah dayaku menolaknya..
Tiada apa yang mampu
kulakukan..
Namun,
Disaat dan ketika aku
menulis ini..
Jika diriNya masih memberi
esok untukku..
Aku berharap aku mampu
merubah diri ini,
Agar aku mampu bersedia
menemuiNya..
Hari ini,
Aku hanya mampu berdoa padaNya
Agar memberikan hari esok
untukku
Untuk kulaluinya dengan
lebih baik lagi..
Aku masih berharap,
Agar esok yang Kau berikan itu,
Akan senantiasa disinari
hidayahMu
Agar aku tidak jauh terpesong
dariMu
Agar aku tidak sesat dari jalan
menuju redhaMu
Ya Allah…
Panjangkan umurku..
Agar aku mampu menjadi hambaMu..
Yang sentiasa berusaha menggapai
redhaMu..
Amiin Ya Rabb..
Diolah dari sini