kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Saturday, March 26, 2011

..kenapa aku diuji Ya Allah?



..kita sering diuji dalam kehidupan kita ini..namun tahukah kenapa kita diuji?manusia diuji oleh Allah untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang.. manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara..

..kenapa aku diuji?

..apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ’kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..(Al-Ankabut 29:2-3)

..kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?

..boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..(Al-Baqarah 2:216)

..kenapa aku diuji ujian seberat ini?

..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-Baqarah 2:286)

..rasa kecewa dan tidak puas hati?

..janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman..(Ali Imran 3:139)

..bagaimana harus aku menghadapinya?

..Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (dalam segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang baik), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan besedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya..(Ali Imran 3:200)

..dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk..(Al-Baqarah 2:45)

..apa yang aku dapat daripada semua ini?

..sesungguhnya Allah telah member dari orang-orang yang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah 9:111)

..kepada siapa harus aku berharap?

..cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal..(At-Taubah 9:129)


12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT


Firman Allah dalam Surah An-Naba’ (78:18):
Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.
Diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut  diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya:
Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?’ Maka Rasulullah S.A.W menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.     Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.     Mereka yang menyerupai khinzir. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.
3.     Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat.
4.     Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.     Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan atas jual beli atas penipuan.
6.     Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.     Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.     Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan akinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.     Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.                        Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lai yang menjijikkan. Ini adlah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.                        Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang akan masuk syurga ialah:

12.                        Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Saturday, February 19, 2011

..siapa aku didepan tuhanku??T_T









Subuhnya… 
Di mana aku berada,
Masih enak dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dengan waktu,
Masa bagaikan menderu,
langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa aku semakin dihujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Zohornya…
Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika aku mengadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Asarnya…
Aku lupa akan warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopiku,
Terlupa panas tidak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Maghribnya…
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku..

Isyaknya…
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku..



Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku padaNya?
Apabila azan sudah bergema,
Aku tidak akan membiarkan Masjid tanpa jemaahnya,

Tempat aku akan disembahyangkan disini,
Kerana di hujung hidup pasti ada mati,

Maka perlu bagiku untuk bersiap diri,
Sebagai bekalan ke akhirat nanti..

‘Rasulullah pernah berpesan kepada kita:

Pergunakanlah baik-baik lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa fakirmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum matimu.’



‘Katankanlah (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekelian alam..’ (Surah Al-An’am 6:162 )

.bahana 'kalau'..

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa, berapa banyak pula pahala?

Kalaulah dosa itu macam batu, berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit, berapa banyak boleh simpan dalam akaun?

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri, adakah kita akan berkawan dengan mereka?
Atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita, adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi?
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa, ideologi dan harta.
Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!
Pada hal dah tahu pegangan kita memang sama!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka, tempat dan rupa nya bagaimana?
Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad, Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman..
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan?
Masihkah kita berdalih dan beralasan?

Kalaulah Allah menampakkan wajahNya pada kita, masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia?!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
tapi "kalau" teks yang satu ini, ianya bertujuan untuk keluarkan kita semua dari terus teruk daripada syaitan..
InshaAllah..

..cinta itu pasti ada..

Cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..

Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..
Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..

Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..

Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..

Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..

Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..

Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..

Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba..

..mengejar CINTA yang hakiki..=)

Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya

(Hadis Riwayat Al-Khatib) 


Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhuwah kerana-Nya dan cinta pada-Nya pelengkap kasih-Nya.. Hamparkanlah cinta kepada yang selayaknya.. Jadi, jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki.. Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri.. Sejauh manakah taraf cinta kita ini?





Jika engkau sudah mengenal ALLAH,
Maka cukuplah ALLAH di hatimu,
Wahai hati, engkau mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
bermaksiat kepada-Nya,
wahai jiwa, bukankah seorang pencinta
akan tunduk kepada yang dicintainya??
Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan percintaan.. Jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yg ternoda…
Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan.. Antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. Antara dunia dan akhirat, dua-dua kena seimbangkan.. Andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadap-Nya…

ATUK KATA…

ORANG KATA….. enjoy sementara muda, hidup
panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA .....  orang muda hidup memang baru
bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.


ORANG KATA ..... exam tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study ..... past year papers ..
etc .. etc .. etc ..
ATUK KATA ..... exam tu senang aje,  dah ada
tarikh untuk diuji,  dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......


ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, ber’party’lah
sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!
ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Al-Firdausi?


ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah pada 5 waktu solat  sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

..hikmah ujian..





Dalam kita melangkah, seringkali kita diuji dengan bermacam-macam jenis ujian. Adakalanya kita mampu mengatasi ujian itu dan adakalanya kita tersungkur. Namun ketahuilah bahawa semakin tinggi ujian itu, semakin sayang Dia dengan kita. Ada sesetengah manusia yang diuji dengan ujian yang sederhana, namun dia tetap tewas. Ada juga sesetengah manusia yang diuji dengan ujian yang begitu berat, namun dia masih mampu untuk senyum dan mengucap kata tahmid ‘Alhamdulillah’.
          Tak semua yang kita inginkan akan tercapai, namun kita boleh berdoa supaya apa yang diimpikan tercapai. Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh, tapi keputusan peperiksaan tidak membanggakan? Perlu dinyatakan disini bahawa “Sesungguhnya setiap perbuatan atau amalan itu bergantung kepada niat”. Tak guna juga kalau kita belajar bersungguh-sungguh hanya semata-mata untuk peperiksaan. Oleh itu, betulkanlah niat masing-masing. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam”. Seeloknya, niatlah dihati pada setiap perbuatan yang kita buat hanya kerana Allah.
          Jika kita sedih, renunglah pada keindahan alam yang diciptakan-Nya. Cuba alihkan mata kita ke laut. Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan. Hanya Allah sahaja yang tahu akan rahsia didalamnya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Saat bahagia dan riang ketawa, hanya Allah sahaja yang tahu akan kehidupan kita. Cuba kita renung pada air sungai ciptaan-Nya. Airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang. Cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Biarpun bermacam-macam ujian diberikan sehingga membuatkan kita rasa kecewa, namun kita seharusnya meneruskan kehidupan kita seperti manusia yang lain. Hidup ini umpama roda. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Yang berada diatas tak semestinya akan kekal berada diatas. Oleh itu, besyukurlah dengan setiap nikmat yang diberikan-Nya.
          Adakalanya kita berada dibawah. Akan tetapi, janganlah sesekali kita mengalah dengan ujian-Nya. Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda kerana mungkin Allah merindui rintihan suara hamba-Nya. Jika bahagia itu satu augerah daripada-Nya, maka anggaplah penderitaan yang dialami dek ujian yang diberikan sebagai tarbiyah kepada kita. Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap agar kita kuat semangat. Biarkan penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula. Biarkan diri derita agar kita tahu kepahitan derita ini dan kita sedar akan kesengsaraan ini walaupunn tidak semua bahkan secebis daripada penderitaan yang dialami oleh Rasulullah. Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya. Akan tetapi, manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.
          Allah tidak memberikan apa yang kita mahukan, tetapi Dia memberikan apa yang kita perlukan. Kita meminta bunga, Dia memberi kaktus berduri. Kita meminta rama-rama, Dia memberi ulat bulu. Namun begitu, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu menjadi rama-rama yang sangat cantik. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia terbitkan hujan bersama ribut petir. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari. Rupa-rupanya, Allah memberi kita pelangi. Itulah cara Allah, jauh diatas segala-galanya Dia telah mengatur apa yang terbaik untuk kita.”Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan perasaan ketakutan, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa, dan tanaman. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar”. Bersabarlah atas segala ujian yang diberikan-Nya kerana ‘Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar’. Kehidupan kita diselitkan dengan pelbagai ujian, namun disebalik ujian itu tersembunyi kebahagiaan.
          Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah. Semakin dekat bahtera diri kepada-Nya, semakin kuat taufan melanda. Biar rebah, asalkan jangan berubah. Biar terbuang teruslah berjuang. Senyum mujahid memburu syahid. Ikhlaskan kesabaran dan niat kita hanya kerana Allah.

..ada apa dengan semut?





..ada ape dengan semut ye?hurm~jom kite selidik macam budak-budak selidik..kite selidik ape yg kite nampak dengan mata kasar kite cukup la k..cube kite tengok cara semut berjalan..ana dah test, ana letak kayu yang kecik, tapi semut tu usaha jugak cari jalan lain..lepas tu, diorang kumpul ramai2 untuk angkat dan ubah kayu (penghalang jalan diorang) sesama..sepakat pulak tu..lepas tu lagi, setiap kali semut tu berjumpa dengan semut yang lain, mesti ada greeting sesama..tapi masing-masing gune sesungut la untuk berkomunikasi bersama..malah, setiap sekor jmpa sekor yg laen, semua ade greeting..macam tu la yang Islam ajar, bagi salam bila jumpa..semut pun pndai..tu haiwan yang tidak diberi akal..tapi kite?renung-renungkanlah..mengaku je Islam, tapi amalnya mana?bukankah kite kena menerima Islam dengan hati, mengaku dengan lidah, dan mengamalkan dengan anggota?

..semut tu kecik, dia sedar dia tak mampu untuk angkat beban yang berat, tapi bagaimana semut-semut tu boleh sepakat angkat sama-sama?kite bagaimana pula?contoh paling besar, tengok masa majlis kahwin..semua nak ambik jalan mudah..semua ambik perkhidmatan catering..tak perlu susah-susah..tapi orang dulu bagaimana?semua sepakat, sorang je nak kahwin, tapi satu warga kampung ramai-ramai datang tolong..macam tu la yang kite nak..

..dalam mengharungi hidup, sudah pasti kite diuji..itu tandanya Dia menyayangi kite..ada yang berjaya, ada yang gagal..biasa la benda tu..tapi mengapa mesti ada hasad dengki?mengapa mesti ada pihak lain yang bermusuhan?pernah semut bermusuhan?klu ye pun, tak musuh macam kite..jarang la nak jumpa..manusia?merata ada..ada je niat buruk masing-masing..

..semut pun pandai cari rezeki sesama, angkat makanan bawak balik sarang sesame..tapi kite?bile dalam susah, duduk la sorang-sorang..menyepi je..ape gunenye kawan?share la problem dengan kawan..bukankah "sharing is caring?"..yang berat sama dipikul, yang ringan sama djinjing..itu HAIWAN, yang tidak dikurniakan akal..kite yang MANUSIA ni ada akal..tahu berfkir..renung-renung sendiri la..sebenarnye banyak lagi yang boleh kite ambik contoh dari ciptaan Allah ne..tengok je keindahan alam..tafsir sendiri..terlalu banyak nikmat yang dikurniakan pada kita.."Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?- (Ar-Rahman)"..banyak diulang ayat ne..hurm..itulah manusia yang sering alpa akan tanggungjawab masing-masing..same-same la kite berubah..insyaAllah..=)

..bila Al-Quran mula bersuara..

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putarkan ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan Aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....