kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

..hikmah ujian..





Dalam kita melangkah, seringkali kita diuji dengan bermacam-macam jenis ujian. Adakalanya kita mampu mengatasi ujian itu dan adakalanya kita tersungkur. Namun ketahuilah bahawa semakin tinggi ujian itu, semakin sayang Dia dengan kita. Ada sesetengah manusia yang diuji dengan ujian yang sederhana, namun dia tetap tewas. Ada juga sesetengah manusia yang diuji dengan ujian yang begitu berat, namun dia masih mampu untuk senyum dan mengucap kata tahmid ‘Alhamdulillah’.
          Tak semua yang kita inginkan akan tercapai, namun kita boleh berdoa supaya apa yang diimpikan tercapai. Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh, tapi keputusan peperiksaan tidak membanggakan? Perlu dinyatakan disini bahawa “Sesungguhnya setiap perbuatan atau amalan itu bergantung kepada niat”. Tak guna juga kalau kita belajar bersungguh-sungguh hanya semata-mata untuk peperiksaan. Oleh itu, betulkanlah niat masing-masing. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam”. Seeloknya, niatlah dihati pada setiap perbuatan yang kita buat hanya kerana Allah.
          Jika kita sedih, renunglah pada keindahan alam yang diciptakan-Nya. Cuba alihkan mata kita ke laut. Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan. Hanya Allah sahaja yang tahu akan rahsia didalamnya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Saat bahagia dan riang ketawa, hanya Allah sahaja yang tahu akan kehidupan kita. Cuba kita renung pada air sungai ciptaan-Nya. Airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang. Cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Biarpun bermacam-macam ujian diberikan sehingga membuatkan kita rasa kecewa, namun kita seharusnya meneruskan kehidupan kita seperti manusia yang lain. Hidup ini umpama roda. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Yang berada diatas tak semestinya akan kekal berada diatas. Oleh itu, besyukurlah dengan setiap nikmat yang diberikan-Nya.
          Adakalanya kita berada dibawah. Akan tetapi, janganlah sesekali kita mengalah dengan ujian-Nya. Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda kerana mungkin Allah merindui rintihan suara hamba-Nya. Jika bahagia itu satu augerah daripada-Nya, maka anggaplah penderitaan yang dialami dek ujian yang diberikan sebagai tarbiyah kepada kita. Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap agar kita kuat semangat. Biarkan penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula. Biarkan diri derita agar kita tahu kepahitan derita ini dan kita sedar akan kesengsaraan ini walaupunn tidak semua bahkan secebis daripada penderitaan yang dialami oleh Rasulullah. Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya. Akan tetapi, manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.
          Allah tidak memberikan apa yang kita mahukan, tetapi Dia memberikan apa yang kita perlukan. Kita meminta bunga, Dia memberi kaktus berduri. Kita meminta rama-rama, Dia memberi ulat bulu. Namun begitu, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu menjadi rama-rama yang sangat cantik. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia terbitkan hujan bersama ribut petir. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari. Rupa-rupanya, Allah memberi kita pelangi. Itulah cara Allah, jauh diatas segala-galanya Dia telah mengatur apa yang terbaik untuk kita.”Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan perasaan ketakutan, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa, dan tanaman. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar”. Bersabarlah atas segala ujian yang diberikan-Nya kerana ‘Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar’. Kehidupan kita diselitkan dengan pelbagai ujian, namun disebalik ujian itu tersembunyi kebahagiaan.
          Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah. Semakin dekat bahtera diri kepada-Nya, semakin kuat taufan melanda. Biar rebah, asalkan jangan berubah. Biar terbuang teruslah berjuang. Senyum mujahid memburu syahid. Ikhlaskan kesabaran dan niat kita hanya kerana Allah.

No comments: