kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

..siapa aku didepan tuhanku??T_T









Subuhnya… 
Di mana aku berada,
Masih enak dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dengan waktu,
Masa bagaikan menderu,
langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa aku semakin dihujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Zohornya…
Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika aku mengadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Asarnya…
Aku lupa akan warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopiku,
Terlupa panas tidak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan Tuhanku..

Maghribnya…
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku..

Isyaknya…
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku..



Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku padaNya?
Apabila azan sudah bergema,
Aku tidak akan membiarkan Masjid tanpa jemaahnya,

Tempat aku akan disembahyangkan disini,
Kerana di hujung hidup pasti ada mati,

Maka perlu bagiku untuk bersiap diri,
Sebagai bekalan ke akhirat nanti..

‘Rasulullah pernah berpesan kepada kita:

Pergunakanlah baik-baik lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa fakirmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum matimu.’



‘Katankanlah (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekelian alam..’ (Surah Al-An’am 6:162 )

No comments: