kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Saturday, February 20, 2010

Antara suka, cinta dan "couple"..



Huh..menarik juga ya tajuk cetusan pemikiran saya kali ni. Terasa nak cakap pasal ni so cakap saja la. Nama pun cetusan pemikiranku so barangkali ada yang kurang bersetuju dengan idea2 atau pendapat2 saya.itu biasa la..tiap2 orang ada pemikiran yang berbeza mengikut mentaliti masing2.


     Tiga istilah dalam tajuk di atas tu memang amat sinonim dengan remaja..ya la..masa ni la benih2 kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya. Apabila seorang lelaki tertarik dan lakukan hubungan seksual dengan lelaki begitu juga wanita dengan wanita, ini sudah jelas menyanggahi fitrah yang ALLAH ciptakan bagi makhluk-Nya sama ada insan atau haiwan.ni kira muqadimah laa..hehe.


     Dalam zaman persekolahan hari ni, istilah couple tu sudah jadi tak asing lagi bagi kita..bahkan seolah2 sudah jadi budaya sebahagian daripada pelajar2 yang anggap kononnya ia satu keperluan.Ada yang pernah bertanya saya, apakah pendapat saya tentang couple..salah ke couple2 ni? Ok memang saya nak jelaskan pendirian saya ni dengan jelas..harap faham la..lepas ni siapa nak tanya saya pasal ni saya akan suruh baca artikel ni la..hee…. bagi saya biasa la seorang lelaki suka akan seorang perempuan begitu juga sebaliknya..tu tak salah..memang tak salah..sebab tu fitrah insani..tapi yang nak jadi salah ke tak tu adalah tindakan kita.Ok..kalau seorang lelaki dan perempuan ni bercouple..apa tujuan diorang? Kalau yang baca ni pun turut bercouple, apa tujuan anda bercouple? Mungkin ada yang kata “aku couple sebab dah aku sukakan dia…lagipun nak ‘booking’ orang yang aku suka tu..bukannya kami selalu berjumpa dan berdua2an pun..”. Kalau dah suka, memang mesti couple ke? Kalau nak ‘booking’ pun, memang mesti couple ke? Suka tak sama dengan cinta..suka tak bermakna cinta tapi kalau dah cinta sudah semestinya suka.Biasa la kita menyukai seseorang hatta sama jantina.barangkali sebab akhlaknya, keperibadiannya dan lain2.Kalau couple sebab suka, mungkin dalam sekelip mata saja akan suka kepada orang lain pula dan tak suka pula pada si dia yang pertama ni.


     Bagi saya, tak perlu couple untuk kedua2 tujuan tu. Kalau dah saling menyukai, luahkan perasaan masing2 dan katakan jika ada jodoh suatu hari nanti insya ALLAH akan disatukan dengan ikatan pernikahan.Nak luahkan pun kalau memang rasa perlu dan saling menyedari perasaan satu sama lain. Then kalau kita yakin orang yang kita suka tu benar2 turut sukakan kita, tak perlu bimbang dia nak cari orang lain..hatta ada yang bercouple pun, ada yang clash atau break gara2 kehadiran orang ketiga.Huhu..ada orang pernah bertanya saya sama ada saya ada kekasih atau bahasa yang kerap digunakan ‘awek’. Apa jawapan saya? “Hmm..saya memang ada menyukai seorang gadis yang pada pemerhatian saya memang layak dijadikan isteri tapi dia tak tahu akan perasaan saya tu dan saya juga tak tahu perasaan dia pada saya.hee…biar dia tak tahu..saya pun tak tahu..saya berkata pada diri saya kalau saya ditakdirkan oleh ALLAH untuk berkahwin dengannya, insya ALLAH ia pasti berlaku..kalau tak pun mudah2han akan jumpa yang seperti dia atau yang lebih baik lagi”.


     Sebagai insan yang beriman dengan ALLAH, kita harus percaya dengan-Nya bahawa Dia telah tentukan jodoh kita dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya..rajin2kan la berdoa kepada-Nya agar mendapat pasangan yang baik suatu hari nanti dengan syarat kita pun baik la..kita tak baik tapi nakkan pasangan yang baik apa kes..hehe..Dalam usul fiqh mengikut kaedah ‘saddus zaraiq’, ia menghalang perkara2 harus yang boleh bawa kepada perkara yang haram. Walaupun hukum couple ni tak dibincangkan oleh majlis fatwa, tetapi jika couple boleh membawa kepada perkara haram macam zina, maka hukum couple jatuh kepada haram. Bergantung pada diri kita juga la..tapi seperti yang saya kata tak nampak pun apa keperluan couple ni.


     Ada yang pernah kata kepada saya, “Saya bercouple untuk bagi semangat dan inspirasi untuk belajar dan sebagainya..bukannya pernah keluar bejalan2 bersama2 pun tak pernah..setakat mesej saja..call pun kadang2 tapi jarang sangat la..takkan tak boleh juga..”. Untuk mengulas yang ni pula, saya tak kata nak couple, couple sajalah..kalau dah rasa sangat perlu juga couple ni bagi inspirasi untuk belajar ke apa..buat sajalah..dengan syarat, hati dan perasaan tu jaga betul2 lebih2 lagi tindakan tu..sebab tindakan berhasil daripada hati dan perasaan.Namun begitu, kita tak boleh menempelak seorang lelaki yang menyukai atau ada perasaan terhadap seorang perempuan, begitu juga sebaliknya, sebab tu tunjuk dia insan yang normal dan berada ada fitrah. Kalau seseorang lelaki ada perasaan yang tak sepatunya terhadap seorang lelaki, begitu juga perempuan dengan perempuan, tu satu masalah sebab sudah menyanggahi fitrah insani yang harus dielakkan.


     Tapi sebenarnya, saya lebih cenderung nak kata, siapa sebenarnya yang lebih kita perlukan dalam hidup ni? Nak bagi inspirasi ke semangat ke lain2..mesti la ALLAH kan? ALLAH la yang merupakan tuhan yang kita beriman dengan-Nya dan pasti akan kembali kepada-Nya..jadi kalau kita betul2 jaga iman kita..kita sentiasa mantapkan keimanan kita..kita takkan kata kita perlu bercouple untuk jadi sumber inspirasi ke semangat dan sebagainya..kalau kata nak tolong ajar dalam pelajaran pun, tak perlu couple..minta ajar saja la..tak perlu nak bercouple secara ‘official’ pun..sebagai sahabat biasa saja..Kita selalu baca dalam surah Al Fatihah, “Hanya kepada-Mu kita menyembah dan hanya pada-Mu kami mohon pertolongan”.




Kita diajar oleh Rasulullah S.A.W suatu doa yang cukup syahadu dan mendalam maksudnya:


“ Ya (ALLAH) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada –Mu sahajalah aku mohon pertolongan, oleh itu perbaikilah segala urusanku, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” - Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Zahaby






     Jadi sepatutnya apa saja yang kita inginkan, kita perlukan, patut dimohon kepada ALLAH Yang Berkuasa atas segalanya..bukan kepada insan yang tiada kuasa apa2 pun..kalau dah mohon pada ALLAH, terasa perlu minta tolong insan, mungkin tu jawapan ALLAH untuk kita..so minta la tolong manusia..tapi soal semangat, inspirasi dan selainnya kita memang perlukan ALLAH kerana itu soal spiritual..so jaga betul2 hubungan dengan ALLAH.Bukan maksud saya tak perlu nak suka atau ada perasaan kepada seseorang tu, bukan begitu. Bila tiba masanya, kita meluahkan perasaan kita kepadanya dan mengikut prosedur seperti yang kita ketahui dan akhirnya disatukan dalam akad nikah. Itu saja..kalau kita betul2 beriman kepada ALLAH, memang pernikahan ni satu sunnah juga..bukan tak perlu..memang tu fitrah sebagai insan.


     Tuntasnya, cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Justeru, kita perlu jaga sebaiknya hubungan kita dengan-Nya agar matlamat dan hala tujuan kehidupan kita sentiasa jelas dan terarah untuk pasti kembali kepada-Nya satu hari nanti.Walau bagaimanapun, itu tak menidakkan cinta sesama insan malah itu fitrah yang ALLAH ciptakan kepada setiap insan yang dicipta-Nya. Seorang lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya dan disatukan sebagai suami isteri yang sah seterusnya melahirkan zuriat. Tetapi untuk merealisasikannya haruslah kena pada tempat, masa dan keadaan dengan petunjuk agama. Bukan ikut nafsu kita. Tetapi Kita tak pula disuruh untuk mengunci nafsu tetapi mengawalnya dengan baik. Nafsu diciptakan oleh ALLAH untuk insan. Jadi tak perlu la nak kunci nafsu pula.Seorang perempuan yang tak ada nafsu takkan teringin untuk berasa seksa mengandungkan seorang anak.betul tak? Hehe…Dalam soal couple secara ‘official’ tanpa pernikahan atau sekurang2nya pertunangan ni, saya tak nampak sejauh mana keperluannya dalam hidup kita. Hatta pertunangan pun, larangan dan hukum tetap sama selagi belum berkahwin.


     Jadi ketaqwaan kepada ALLAH dengan hidup berteraskan Al Quran dan As Sunnah perlu disuburkan dalam cinta sesama insan. Jangan melampau atau obses dalam cinta sesama insan sampai sanggup korbankan harga diri, masa depan dan hidup kita. Akhir kalam, semoga kita mendapat cinta sejati iaitu cinta ALLAH akan kita disamping cinta sesama insan. Apa yang saya kata ni adalah peringatan dan muhasabah diri untuk saya sendiri dan kita bersama. Apapun apa saya kata ni adalah pendirian saya dalam soal ni. Akhirnya, rajin2 la mengamalkan doa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W :


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang menyintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” – Hadis Riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’




sumber:http://ordinaryguy92.wordpress.com/2010/01/30/antara-suka-cinta-dan-couple

No comments: