Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya
Cintailah yang dihati
Itu cinta hakiki dan murni
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yang melulu
Bertapa bahagia cinta tuhan
Bagai bunga yang mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tidak bernoktah
Bertapa derita korban percintaan
Bila nafsu jadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu
Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak akan gelisah
Jauh berhubung rindu
Dekat terikat padu

No comments:
Post a Comment