kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Wednesday, January 20, 2010

Salahkah Bercinta?



"Fitrah perlukan hidayah, jika tidak, fitrah akan jadi fitnah."

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Jawapannya tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang telah dikurniakan oleh Allah kepada setiap insan yang bernama manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri (Instict) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika bercinta salah, kenapa Allah mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.


Namun, Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurnian cinta tersebut. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlakunya “cinta terlarang” – iaitu cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.


Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi, janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta – yang juga datang dari Allah.


Sumber: Tentang cinta – Pahrol Mohd Juoi

No comments: