kehidupan didunia

..Don't judge me by my past.. I don't live there anymore.. :)

..h.a.t.i..

Search This Blog

Wednesday, January 20, 2010

peraturan bercinta


Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabi’enya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan. Tanpa peraturan, akan terjadi “cinta terlarang”. Cinta yang terlarang ini akan membawa kepada banyak implikasi negatif dalam kehidupan.


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.


Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja – agar cinta tetap suci dan abadi:


1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah .


Cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya, cinta antara lalaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk allah.


“Kami bercinta kerana Allah”, begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seseorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila seseorang itu berkahwin, maka sempurnalah separuh daripada agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”.


Oleh itu, usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri “aku hanya tertarik atau minat”. Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi. Tapi jika ‘orang di sebelah sana’ serius, bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cint dengan kasihan. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan.


Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar – manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja,pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Cinta jenis ini seburuk namanya – Cinta Monyet, Cinta Anak Anjing (puppy love), Cinta Kilat dan sebagainya.






2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum allah yang dilanggar.


Antaranya tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat…


Kalau begitu siapa sebenarnya yang lebih kita cintai? Si dia atau Allah? Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Masa dibazirkan. Air mata tergenang atas sebab-sebab murahan. Entahlah, buruk sangat kekadang kita lihat orang bercinta ni… Mereka tidak sedar rang sekeliling. Mereka seperti berada didunia mereka sendiri.


Tidak mustahil, kalau ada remaja yang mengeluh dan berkata, “Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, sms romantik, sentuhan tangan, kerlipan dan senyuman?” . Ya, itu pada pandangan kita yang terbatas. Tapi bukan dari pandangan Allah yang maha luas. Kata kita, cinta tanpa ‘perisa’ itu akan menjadi hambar dan tawar. Sedangkan inilah kegilaan yang dijaja kemanisannya dalam lagu-agu, sajak-sajak dan filem-filem mengenai cinta. Jika diumpamakan cinta itu sebagai masakan, semua itu dianggap perisanya. Sedangkan, pada hakikatnya itu bukanlah perisa apalagi perencah tetapi perosak pada masakan itu sendiri.


Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru kerana ‘racun-racun’ inilah banyak cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak lagiyang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan – jangankan, “nak hidup bersama”… hidup bersama pun sudah tidak sanggup lagi.

No comments: